Dengan hormatnya memaklumkan pihak  Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia Agensi (PPSMA) bil.3/2017 pada 19 Mei 2017 telah membuat keputusan untuk mengadakan Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) yang merujuk kepada urusan pelantikan pegawai daripada skim perkhidmatan yang rendah kepada skim perkhidmatan yang lebih tinggi secara perlantikan baharu yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Melantik, tertakluk kepada syarat - syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan. PSL terbahagi kepada beberapa kertas ujian yang WAIIB diduduki seperti berikut :-

 Skim Perkhidmatan

Subjek Utama

Subjek Jabatan

Gred G 19/22/26 ke Gred G27

3 kertas uiian

1 kertas uiian

Gred G 29/32/36 ke Gred G41

5 kertas uiian

1 kertas uiian

Sehubungan itu, Jabatan Hutan Sarawak akan mengadakan Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL) bagi peningkatan kerjaya pegawai di Jabatan Hutan. Maklumat lanjut bagi setiap kertas ujian, tarikh peperiksaan dan permohonan untuk menduduki peperiksaan yang berkenaan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan dengan mengklik link dibawah dan TARIKH TUTPU PERMOHONAN ADALAH SELEWAT-LEWATNYA PADA 23 MAC 2018.

1.  MAKLUMAN BERKAITAN PEPERIKSAAN KHAS PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

2.  ARAHAN DAN PANDUAN

3.  PEPERIKSAAN KHAS DAN PELANTIKAN PENINGKATAN  SECARA LANTIKAN  JABATAN HUTAN SARAWAK 2018

4.  KERTAS PEPERIKSAAN YANG WAJIB DIDUDUKI UNTUK GRED G19, G22 & G26 ke G29

5.  SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEMELIHARA HUTAN (GRED 29)

6.  KERTAS PEPERIKSAAN YANG WAJIB DIDUDUKI UNTUK GRED G29, G32 & G36 KE G41

7.  SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEMELIHARA HUTAN (GRED 41)

8.   BORANG PERMOHONAN PEPERIKSAAN KHAS PENINGKATAN SECARA   LANTIKAN (PSL)

9.   PEKELILING PERKHIMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2013