MAJLIS QURBAN
Posted on : 27 Oct 2012
 

MAJLIS QURBAN 2012 (PERKIJAP)
(Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Perhutanan Negeri  Sarawak)

Picture

Sabtu, 27 Oktober 2012, Jabatan Hutan Sarawak (PERKIJAP) telah mengadakan majlis Qurban dan Aqiqah 2012/1433H di perkarangan Bangunan Pejabat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Hutan, km 10, Jalan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Kuching.
Dalam majlis tersebut sebanyak lima ekor lembu dan seekor kambing telah disumbangkan oleh orang perseorangan dan ahli PERKIJAP untuk disembelih manakala dagingnya pula diagihkan kepada fakir miskin sekitar bandaraya kuching dan kakitangannya.

Turut hadir sama memeriahkan majlis tersebut ialah Pengarah Hutan Sarawak Datu Haji Ali Yusop, Timbalan beliau Tuan Haji Sapuan Ahmad dan Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh serta pegawai-pegawai kanan lain.