Taman Negara Gunung Lesong Berpotensi untuk Dibangunkan
Posted on : 13 May 2019  Source of News: Utusan Borneo Online
 
SRI AMAN: Taman Negara Gunung Lesong di Lingga, Sri Aman berpotensi dibangunkan dan mampu meningkatkan taraf ekonomi penduduk di sini.
Bagi tujuan mempelbagaikan produk ekopelancongan di sini, Taman Negara Gunung Lesong salah satu produk mampu meningkatkan kehadiran pengunjung sama ada dari dalam atau luar Sarawak berkunjung ke Sri Aman.
Selain itu, kepelbagaian produk ekopelancongan di sini secara tidak langsung meningkatkan ekonomi setempat contohnya dari segi pengangkutan, penginapan dan makanan.
Pemangku Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Crispin Francis mewakili Residen Sri Aman berkata demikian pada Penutupan Bengkel Gunung Lesong National Park Multidisciplinary Assessment and Management Plan di sini.
Beliau berharap bengkel itu menjadi landasan Jabatan Hutan dan penduduk kampung mewujudkan dan mempertingkatkan jalinan kerjasama terutama memperkembang, mempromosi dan memasarkan Taman Negara Gunung Lesong dan peluang pekerjaan.
“Penduduk kampung berpeluang memperolehi pendapatan sampingan melalui perkhidmatan pemandu pelancong, homestay, kedai makan, penjualan kraf tangan dan sebagainya,” jelas beliau.
Selain itu, Pemelihara Hutan Jabatan Hutan Sarawak Noraini Johari berkata walaupun Taman Negara Gunung Lesong hanya berkeluasan 595 hektar dan merupakan taman negara terkecil di Sarawak namun mempunyai keunikan sejarah dan daya tarikan tersendiri.
“Ia merupakan tempat tinggal atau habitat bagi hidupan liar yang endemik di Kepulauan Borneo seperti orang utan dan langur merah,” katanya.
Menurutnya, hasil data dan keputusan diperolehi daripada pelbagai bidang kajian persekitaran di Taman Negara Gunung Lesong dijalankan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) setahun lebih dikongsikan bersama pada bengkel itu dan mendapati maklum balas positif peserta terlibat.
Seramai 55 orang peserta daripada agensi-agensi kerajaan dan kementerian serta ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum dari sekitar Gunung Lesong menyertai bengkel itu.
Terdapat tiga pembentangan iaitu sesi pertama bertajuk ‘Final Report Gunung Lesong National Park Multidisciplinary Assessment and Manangement Plan oleh Pensyarah UNIMAS Dr Qammil Muzammil.
Sesi kedua bertajuk ‘Perancangan Pembangunan di Taman Negara Gunung Lesong’ oleh Jurutera Jabatan Hutan Sarawak Abang Nuradzizi Abang Bolhi.
Pembentangan ketiga berkaitan ‘Penubuhan Gunung Lesong Community Based Eco Tourism’ (GLCBET) oleh Pengurusan Ekopelancongan Sarawak Forestry Corporation Victor Luna, selaku pengerusi Gunung Lesong Community Based Eco-Tourism (GLCBET).
 Kategory
Sarawak

2019-05-13T00:30:02+08:00

CENDERAMATA: Noraini (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Crispin (kanan) semasa penutupan bengkel tersebut.