The Official Website of
Forest Department Sarawak
Kakitangan SFC Sdn Bhd Melapor Diri Ke Jabatan Hutan Sarawak
Posted on : 13 Jan 2020  Source of News: CPA
 

12.1.2020 - Seramai 49 orang kakitangan dari SFC Sdn Bhd telah melapor diri di Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Hutan Sarawak. Berucap dalam majlis tersebut, Datu Hamden Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak menasihatkan kepada pegawai-pegawai tersebut agar sentiasa mengekalkan semangat kerja berpasukan diantara semua kakitangan bagi menghasilkan sesuatu keputusan yang boleh membanggakan perkhidmatan negeri Sarawak khasnya Jabatan Hutan Sarawak amnya. Pelbagai persoalan dari kakitangan telah mendapat jawapan segera dari beliau dan sebahagiannya akan dibincangkan di peringkat pentadbiran di ibupejabat. Turut hadir sama ialah Tuan Haji Azahari Haji Omar, Puan Runi Pungga serta pegawai-pegawai kanan dan juga kakitangan RDID.