Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

News

Penyerahan projek-projek perhutanan sosial yang dilaksanakan oleh Jabatan Hutan Sarawak kepada Tuai Rumah Manggat anak Meringgai
Posted on : 08 Aug 2022  Source of News: JABATAN HUTAN SARAWAK
 
YBhg. Datu Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Hutan Sarawak berkenaan menyerahkan projek-projek perhutanan sosial yang dilaksanakan oleh Jabatan Hutan Sarawak kepada Tuai Rumah Manggat anak Meringgai bagi mewakili para penduduk Rumah Manggat Ulu Menyang Batang Ai. 
Semasa ucapan perasmian, beliau yang mewakili Yang Berhormat Datu Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak turut memaklumkan, Jabatan Hutan Sarawak (FDS) akan terus membantu penduduk-penduduk luar bandar terutama yang tinggal di Kawasan Hutan Simpan Kekal (PFE) serta menyelanggara projek-projek sedia ada untuk kemudahan mereka. 
Pada majlis yang sama juga, YBhg Datu Hamden turut merasmikan perlaksanaan Sistem Tagang untuk rumah panjang berkenaan.  Sebagai simbolik perasmian, beliau dibawa melawat ke sekitar kawasan yang terlibat sambil memberi sendiri ikan-ikan yang terdiri daripada spesies jelawat dan semah serta beberapa spesises tempatan yang lain makan. Semasa lawatan tersebut juga, beliau turut meninjau kawasan penyimpanan sementara anak-anak ikan sebelum dilepaskan kedalam sangkar-sangkar ikan yang disediakan. 
Hadir sama ke majlis ini ialah Tuan Haji Azahari Omar Ketua Bahagian Perhutanan Sosial FDS, beberapa orang pegawai kanan FDS yang lain, Penghulu Kelinsing Mandau,  Encik Abang Mutalib daripada Sarawak Forestry Corporation serta wakil-wakil daripada beberapa agensi kerajaan dan swasta yang dijemput hadir sama ke majlis tersebut.

Useful Links