Sambutan Hari Raya Aidiladha 2011
Posted on : 08 Nov 2011
 

Picture

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2011, Jabatan Hutan Sarawak dengan kerjasama PERKIJAP cawangan Kuching telah mengadakan Majlis Korban bertempat di Pusat penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Hutan Sarawak di Batu 6 pada 7 Nov 2011.
MAJLIS yang bermula seawal 7 pagi telah dihadiri oleh Pengarah Hutan Sarawak Tn. Hj Ali Yusop berserta isteri dan anak-anak beliau,Timbalan Pengarah Hutan I Tuan Hj Sapuan Ahmad, dan Timbalan Pengarah II Tuan Hj Wan Shardini, Pengerusi PERKIJAP En Abg Ahmad Abg Morni dan ahli-ahli PERKIJAP lain. Dalam majlis tersebut 2 ekor lembu dan 2 ekor kambing yang disumbangkan oleh beberapa orang ahli PERKIJAP telah di sembelih dan dagingnya telah diagihkan kepada semua ahli yang hadir dan juga kepada fakir miskin. Tetamu yang juga telah di sajikan dengan hidangan sup lembu segar dan Harma Daging Kambing  yang telah yang turut dimasak sendiri oleh ahli PERKIJAP yang hadir pada majlis tersebut. (click for more photos)

Sumber : Unit CPA