Syarat Keahlian (Rule 4)Syarat Keahlian (Rule 4)

SYARAT KEAHLIAN KELAB FORESSA (RULE 4)

Terdapat 3 jenis keahlian Kelab FORESSA seperti berikut:

a.     Ahli Biasa

Terbuka untuk semua kakitangan yang bertugas di Jabatan Hutan Sarawak. Permohonan menjadi ahli boleh dibuat melalui semua Setiausaha Kelab FORESSA Cawangan di mana kakitangan tersebut bertugas.

b.     Ahli Kehormat

Ahli-Ahli ini dilantik oleh AJK Induk atau Cawangan-Cawangan kepada sesiapa sahaja yang banyak memberi sumbangan ke atas kemajuan Kelab. Ahli Kehormat tidak mempunyai kuasa mengundi.

c.      Ahli Bersekutu

Terbuka kepada individu-individu yang tidak bertugas di JHS seperti ahli keluarga ahli-ahli Kelab, bekas-bekas individu yang pernah bertugas di JHS dan sebagainya. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kelulusan daripada JK Induk Kelab FORESSA. Ahli Bersekutu tidak mempunyai kuasa mengundi.

* Klik di sini untuk memuat turun Borang Permohonan Keahlian Kelab FORESSA