TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGANTABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN

TABUNG KEBAJIKAN KAKITANGAN JABATAN HUTAN SARAWAK

Tujuan Tabung Kebajikan Kakitangan JHS di wujudkan adalah untuk memberi bantuan segera kepada mana-mana kakitangan JHS yang terlibat dalam soal-soal kecemasan dan sebagainya yang memerlukan bantuan kewangan segera. Bagi memulakan Tabung Kebajikan ini, semua kakitangan dimestikan untuk mencarum sejumlah wang secara bulanan ke dalam Tabung ini mengikut gred jawatan mereka sebagai dana permulaan.

Antara bantuan segera yang Tabung Kebajikan boleh sumbangkan kepada kakitangan JHS yang memerlukan bantuan adalah seperti berikut:

a)     Sumbangan Wang Khairat Kematian

 Jika kematian berlaku kepada:

 

Kadar (RM)

  1. Ahli sendiri

1,000.00

  1. Suami/Isteri/Anak (termasuk anak angkat yang sah di sisi undang-undang)

700.00

  1. Ibu/Bapa Ahli (termasuk ayah tiri atau ibu tiri yang sah di sisi undang-undang)

500.00

b)     Sumbangan Wang Ehsan

Sumbangan minima sejumlah RM200 akan diberikan segera kepada kakitangan yang ditimpa musibah dan bencana seperti Rumah Terbakar, Rumah Dilanda Banjir, Tanah Runtuh, Kemalangan (masuk wad) dan Sakit Kritikal.

c)     Sumbangan Pendidikan

Sumbangan turut diberikan kepada anak-anak kakitangan yang layak dalam pelbagai bentuk bagi menghadapi persediaan peperiksaan, kecemerlangan akademik dan persediaan memasuki Pusat Pengajian Tinggi dan sebagainya. Kadar sumbangan ditentukan oleh JK Induk Kelab FORESSA.

d)     Sumbangan Lain

Sumbangan-sumbangan lain turut dipertimbangkan untuk diberikan kepada ahli-ahli FORESSA seperti Sumbangan Perkahwinan (kali pertama di JHS), Sumbangan Kelahiran Cahayamata Pertama dan sebagainya. Kadar sumbangan ditentukan oleh JK Induk Kelab FORESSA.

*     Kesemua sumbangan ini hanya dapat dilaksanakan tertakluk kepada dana tabungan Kelab FORESSA semasa.