Program Kembara Ibadah Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Perhutanan Sarawak (Perkijap) Ke Kampung Resit KuchingProgram Kembara Ibadah Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Perhutanan Sarawak (Perkijap) Ke Kampung Resit Kuching

KUCHING : (4-4-2013)          Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Perhutanan Sarawak (PERKIJAP) akan mengadakan Program Kembara Ibadah ke perkampungan Saudara Baru di Kampung Resit Kuching pada 6 April 2013. Seramai 50 orang ahli PERKIJAP serta ahli keluarga masing-masing dijangka akan menyertai kembara ini.

Objektif utama program ini dilaksanakan, untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang Islam di kalangan muslimin dan muslimat terutama golongan Saudara Baru, selain untuk mendekatkan lagi ahli-ahli PERKIJAP yang terdiri daripada wargakerja Jabatan Hutan Sarawak dengan masyarakat setempat bagi mengeratkan tali silatuulrahim sesama umah.

Program Kembara Ibadah ini turut diserikan dengan pelbagai program pengisian seperti slot ceramah yang akan di sampaikan oleh Ustaz Haji Azmi bin Haji Ashaari, Sembahyang Zohor berjemaah dan merarau bersama-sama. Para peserta kembara bersama-sama saudara baru dari Kampung Resit akan bergotong-royong menyediakan juadah makan tengahari hasil sumbangan semua pihak.

PERKIJAP Jabatan Hutan Sarawak meletakkan keazaman yang tinggi untuk meneruskan aktiviti ini dengan memantapkan aktiviti-aktiviti pengisian agar ia benar-benar mampu melahirkan insan muslim yang berkualiti dan berperibadi tinggi.

Majlis penangguhan kembara Ibadah ini dijangka akan disempurnakan oleh YBhg. Datu Haji Ali Yusop, Pegarah Hutan Sarawak selaku Penasihat PERKIJAP. Turut dijangka hadir ke majlis ini nanti ialah dua orang timbalannya, Tuan Haji Sapuan Ahmad dan Tuan Haji Wan Shardini Wan Salleh, Pengerusi PERKIJAP Saudara Abang Ahmad Abang Morni dan Ketua Kampung Resit.