Program Pembangunan Komuniti Penan Program Pembangunan Komuniti Penan

Program Pembangunan Komuniti Penan Di Penempatan Semula Murum HEP
(Dibawah Projek Pembangunan P. 17: Pembangunan Taman Negara Pulong Tau untuk Kelestarian Kepelbagaian Biologi & Pembangunan Komuniti)

Tegulang dan Metalun merupakan dua penempatan semula komuniti Penan dan Kenyah yang terkesan akibat pembinaan empangan Murum. Perjalanan ke penempatan ini melalui pengangkutan darat mengambil masa selama 4 jam dari bandar Bintulu. Terdapat tujuh (7) buah penempatan semula di Murum HEP, enam daripada penempatan ini didiami oleh komuniti Penan dan satu penempatan lagi adalah komuniti Kenyah. Terdapat tiga penempatan semula komuniti Penan di Tegulang terletak dengan jarak beberapa kilometer di antara satu sama lain seperti dalam jadual di bawah:

Penempatan semula

Kaum

Jumlah keluarga

Jumlah rumah panjang

Tahun berpindah

Long Wat

Penan

90

9

2013

Long Malim

Penan

54

6

2013

Long Malim

Kenyah

18

2

2013

Komuniti Penan terkenal dengan kemahiran mereka dalam aktiviti pembuatan parang dan parang yang mereka hasilkan sangat terkenal di kalangan komuniti Kenyah, Kayan dan pekerja-pekerka balak. Hasil jualan parang ini memberikan sumbangan yang baik kepada sumber pendapatan komuniti Penan dan ramai yang berharap agar aktiviti pembuatan parang ini dapat diteruskan sekiranya terdapat kemudahan dan peralatan yang lengkap dan mencukupi.

Unit Inisiatif Khidmat Komuniti (CSIU), Jabatan Hutan Sarawak di bawah Program Pembangunan Komuniti telah berjaya melaksanakan pembinaan dua (2) buah bengkel pembuatan parang untuk komuniti Penan di Long Wat dan Long Malim.

Objektif:

  1. Membina tempat/bengkel serta menyediakan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk komuniti Penan bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti membuat parang;
  2. Membantu meningkatkan sumber pendapatan komuniti Penan melalui penjualan parang yang dihasilkan.

Pembinaan bengkel-bengkel ini bermula dengan sesi dialog bersama komuniti Penan bagi menjalankan pemantauan dan tinjauan seterusnya membincangkan mengenai aktiviti pembuatan parang dan keperluan untuk tujuan tersebut.

Pembinaan ini melibatkan pegawai serta kakitangan daripada Unit CSIU Ibu Pejabat, Pejabat Hutan Wilayah Sibu dan Bintulu. Dua bengkel telah siap dibina di dua penempatan semula Penan iaitu:

Penempatan semula

Tarikh mula dibina

Tarikh siap sepenuhnya

Long Wat

8 Mei 2014

27 Jun 2014

Long Malim

2 Februari 2015

24 Februari 2015

Bengkel in juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan untuk membuat parang seperti meja, dapur untuk membakar parang, kapak, blower, tukul, locking pliers, gergaji besi, kikir dan sebagainya.

Click untuk gambar di Long Wat
Click untuk gambar di Long Malim