Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

PENGENALAN KEPADA ABMS

PENGENALAN KEPADA ABMS

 

APAKAH ABMS?

Komitmen Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dalam menjayakan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) adalah untuk mencegah segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta memastikan semua kakitangan mematuhi Polisi Antirasuah yang ditetapkan oleh JHS.


Di samping itu, penglibatan pihak berkepentingan seperti pelesen, pembekal atau  orang awam secara tidak langsung akan terlibat di dalam pematuhan polisi antirasuah melalui pematuhan kepada semua peraturan dan dasar yang ditetapkan oleh jabatan.


Pihak pengurusan JHS komited untuk mempraktikkan tadbir urus terbaik melalui pengurusan risiko rasuah yang terancang serta kawalan dan penambahbaikan dijalankan secara strategik dan berterusan agar penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti  dapat dilaksanakan secara menyeluruh.



OBJEKTIF ABMS?

Objektif ABMS adalah untuk :

  1. Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan dalam kalangan kakitangan JHS dengan meningkatkan kompetensi melalui aktiviti / program / latihan berkaitan pencegahan rasuah.


  1. Memastikan saluran aduan integriti dikendalikan dengan berkesan, mesra pengguna dan menjamin kerahsiaan maklumat pengadu bagi meningkatkan tahap keyakinan pihak berkepentingan untuk melaporkan aduan integriti melalui saluran-saluran yang disediakan.


  1. Memastikan ABMS dilaksanakan dan ditambah baik secara berterusan serta semakan semula dibuat pada setiap tahun.

Useful Links