Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Jabatan Hutan Sarawak telah berjaya merangkul 4 anugerah utama. 2022

Posted on 26 Jan 2022

 

Sempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (HPA) 2022, Jabatan Hutan Sarawak dengan bangganya telah berjaya merangkul 4 anugerah utama yang dipertandingkan iaitu:
1. Anugerah High Perfomance Team (EMAS) berupa sebuah piala, Sijil Penghargaan dan wang tunai   berjumlah RM12,000 melalui projek bertajuk Improve the Effectiveness of Enforcement to Combat Illegal Logging.
2. Anugerah Key Focus Activities AKFA 2021 (PERAK), berupa sebuah piala, Sijil Penghargaan serta wang tunai RM10,000 melalui projek bertajuk AKFA 2021- Pemuliharaan Kawasan Termusnah Akibat Projek Tebatan Banjir Di Tapak Ramsar - KUCHING WETLAND NATIONAL PARK (KWNP).
3. Anugerah Key Focus Activities KFA (PERAK) berupa sebuah piala, Sijil Penghargaan dan wang tunai berjumlah RM 10,000 melalui projek bertajuk KFA 2020 - Pembekalan Bahan Tanaman Spesies Asli untuk Restorasi Landskap Hutan yang Efektif dan
4. Anugerah Kecemerlangan Penguatkuasaan AKP 2020 (PERAK), berupa sebuah piala, Sijil Penghargaan dan wang tunai RM 10,000 melalui projek bertajuk Op Rengas COMOS: Dimensi Baru Pembanterasan Pembalakan Haram di Sarawak.
Jabatan Hutan Sarawak juga dengan bangganya turut menerima Anugerah Khas melalui Kumpulan KIK yang dikenali sebagai Kumpulan Flares dengan anugerah PAR Excellence Award pada 46th ICQCCC Hyderabad India Tahun 2021. 
Semasa ditemui selepas majlis tersebut, Datu Hamden Bin Mohammad,  Pengarah Hutan Sarawak memaklumkan "Anugerah yang diterima ini merupakan usaha semua warga Jabatan Hutan Sarawak bagi mencapai sebuah agensi yang berkelas dunia dalam pengurusan dan penjagaan hutan secara berkekalan di Sarawak. Pada masa yang sama juga, anugerah yang diterima ini diharap dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan warga kerja kami kepada rakyat Sarawak". 
YBhg Datu Hamden turut mengucapkan Syabas dan Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Hutan Sarawak atas anugerah-anugerah yang diterima serta kerja keras yang ditunjukkan oleh mereka selama ini.
Sekian terima kasih.

 

Sempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (HPA) 2022, Jabatan Hutan Sarawak dengan bangganya telah berjaya merangkul 4 anugerah utama yang dipertandingkan

Read More

https://forestry.sarawak.gov.my/pages.php?mod=news&sub=news_view&nid=481

WhatsApp Image 2022-01-25 at 6.41.56 PM (1).jpeg

Useful Links