Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

News

Jabatan Hutan Sarawak terus perangi rasuah
Posted on : 17 Mar 2021  Source of News: Bilik Berita CATS - BBcats
 

Jabatan Hutan Sarawak terus perangi rasuah

Foto daripada siaran Bilik Berita CATS

 

KUCHING, 17 MAC : Jabatan Hutan Sarawak terus komited untuk membanteras kegiatan rasuah dalam komuniti penjawat awam.

Pengarahnya, Datu Hamden Mohamad berkata, pihaknya tegas mahu menyemai nilai-nilai integriti serta membudayakan khasnya dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan itu.

Katanya lagi, isu rasuah harus dibanteras kerana bakal memberi impak buruk kepada ekonomi, sosial dan politik sesebuah negara termasuklah kepada negeri yang pesat membangun seperti Sarawak.

Oleh itu, pihaknya sebelum ini telah mengadakan pelbagai program kesedaran berkenaan integriti dan rasuah di mana Jabatan Hutan Sarawak merupakan jabatan kerajaan negeri yang pertama di Sarawak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada bulan Disember 2014.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Integriti dan Pra Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Jabatan Hutan Sarawak 2021-2025, di Kuching hari ini.

 

Sumber : https://www.facebook.com/2377556359196711/posts/2896694907282851/

Useful Links