Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

News

Program agihan Bubur Lambuk 2021
Posted on : 19 Apr 2021  Source of News: JABATAN HUTAN SARAWAK
 

PERKIJAP telah menganjurkan program agihan Bubur Lambuk pada 16 April 2021, 2.30 petang di Lobi Utama Aras 15, Left Wing Bangunan Baitul Makmur II.

 

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Datu Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak selaku Penaung PERKIJAP. Program ini turut dihadiri oleh Tn.Hj.Happysupina Sait Pengerusi PERKIJAP SESI 2021/2022, Ketua-ketua bahagian, ahli-ahli Jawatankuasa PERKIJAP sesi 2021/2022 serta seluruh warga kerja Jabatan. Kepada warga jabatan yang hendak membuat sumbangan, sila hubungi Tn.Afriezul Abdul Rahman (Bendahari) ditalian 082495111 samb. 1520 atau Pn.Nurul Aishyah Hj Mohamad (Setiausaha) ditalian 082495111 samb. 1405 untuk info selanjutnya.

 

Untuk makluman semua, program ini juga akan diadakan pada setiap hari jumaat di Ibu Pejabat JHS sepanjang bulan ramadhan. Program ini juga turut dilaksanakan di Pejabat Bahagian Penyelidikan Pembangunan dan Inovasi, Pejabat Hutan Wilayah (Kch, Sarikei, Sibu ,Bintulu dan Miri).

 

Diharap agar penganjuran program ini dapat mengeratkan lagi silaturahim warga jabatan sekaligus dapat memupuk semangat kerjasama dan berpasukan. Sekian terima kasih.

Useful Links