Sarawak ID|Register

News

Kunjungan European Union (EU) ke Jabatan Hutan Sarawak
Posted on : 11 Nov 2022  Source of News: JABATAN HUTAN SARAWAK
 

9.11.2022 : KUCHING, Jabatan Hutan Sarawak (FDS) telah menerima kunjungan 3 orang pegawai daripada European Union (EU) ke Malaysia yg diketuai oleh Mr. Francesco Floris, First Counsellor / Head of Section Trade and Economic Relation, EU to Malaysia dan Miss Francesca Gilli dan Mr. Saroj Srisai daripada International Partnership Directorate of European Commission Regional Office at Bangkok Thailand.

Kunjungan ini bertujuan untuk melihat kerjasama yg boleh diperkasakan antara EU dan FDS dalam pengurusan dan penjagaan hutan di Sarawak terutama seperti pembangunan penyelidikan dan penggunaan teknologi yang terkini.

YBhg Datu Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak telah memberikan taklimat kepada delegasi ini.

Turut hadir ialah En Jack Liam, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak serta beberapa orang pegawai kanan FDS yang lain.

 

Useful Links