Sarawak ID|Register

News

MAJLIS GRADUASI PENGAWAS HUTAN SESI 2021-2022, JABATAN HUTAN SARAWAK.
Posted on : 11 Nov 2022  Source of News: JABATAN HUTAN SARAWAK
 

10.11.2022 : KUCHING : MAJLIS GRADUASI PENGAWAS HUTAN SESI 2021-2022, JABATAN HUTAN SARAWAK.

YBhg Datu Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak hari ini telah menyampaikan Sijil Tamat Latihan Perhutanan kepada 30 orang graduan yang terdiri daripada anak-anak Sarawak daripada Institut Perhutanan Kepong (FORTRAIN), Selangor Darul Ehsan. Sesi graduasi ini merupakan sesi ke-3 majlis serupa yang telah diadakan oleh FDS sejak tahun 2018 serta telah melahirkan seramai 87 orang Pengawas Hutan yang baharu di Sarawak.

Selain daripada itu, YBhg Dato' Indera Mohd Redza bin Awang, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) selaku tetamu jemputan khas majlis ini telah diberi penghormatan untuk menyampaikan Anugerah Pelatih Akedemik Terbaik kepada Encik Sahrin bin Saliman.

Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan-timbalan Pengarah daripada FDS, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah daripada JPSM, Pengetua FORTRAIN, Pengarah Yayasan Sarawak, pegawai-pegawai kanan daripada FDS dan JPSM serta para ibu bapa dan pengiring-pengiring kepada para graduan.

Useful Links