Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan Majlis Aspirasi Bersama Pengarah Hutan Sarawak bagi Zon Selatan yang merangkumi semua bahagian di Ibu Pejabat Hutan Sarawak, dan dua pejabat wilayah selatan iaitu PHW Kuching dan PHW Sri Aman.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datu Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Hutan Sarawak di zon selatan telah dijemput hadir ke majlis tersebut yang berlangsung di BCCK Kuching.
Majlis ini diadakan bagi memudahkan Pihak Pengurusan menyampaikan aspirasi dan hala tuju jabatan serta mendapatkan maklumbalas daripada kakitangan sokongan mengenai pelbagai program yang akan dan telah dilaksanakan.
Turut hadir ke Majlis Aspirasi Bersama Pengarah Hutan Sarawak Zon Selatan 2022 ini ialah Tuan Jack Anak Liam, Timbalan Pengarah Hutan (konservasi dan pembangunan), Tuan Abg Ahmad Bin Abg Morni, Timbalan Pengarah Hutan(Pengurusan Hutan), Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Hutan Wilayah Kuching dan Pegawai Hutan Wilayah Sri Aman.
Sarawak Delta Geopark (SDGp) telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan ke-enam oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan pada 20 Jun 2022. SDGp mempunyai keluasan 311,246 hektar meliputi kawasan daratan dan air mewakili kesatuan warisan geologi, biologi dan budaya istimewa yang terdapat di Daerah Kuching, Daerah Bau, Daerah Kecil Padawan, dan juga Daerah Kecil Siburan. EKSPEDISI SARAWAK DELTA GEOPARK