picture

News

 

Lawatan Kerja Yang Berhormat Datuk Willie Anak Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Ke Ladang Hutan di Bintulu, Sarawak

Posted on 04 Apr 2022
Source of News: JABATAN HUTAN SARAWAK

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT DATUK WILLIE ANAK MONGIN, TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI KE LADANG HUTAN DI BINTULU, SARAWAK

 

1-2 April 2022 : BINTULU; Jabatan Hutan Sarawak yang diketuai oleh Encik Jack Anak Liam, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak dengan kerjasama Bahagian Kemajuan Industri Kayu-Kayan Tembakau dan Kenaf (KTK), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Malaysian Timber Industry Board (MTIB), Malaysian Timber Council (MTC), Malaysian Timber Certification Council (MTCC), Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), Sarawak Timber Association (STA), Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) dan Sarawak Planted Forest Sdn Bhd (SPF) telah berpeluang memberikan pendedahan dan penerangan yang terperinci mengenai operasi ladang hutan serta pemprosesan kayu yang dilaksanakan di Sarawak sempena Lawatan Kerja Yang Berhormat Datuk Willie Anak Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Ke Ladang Hutan di Bintulu, Sarawak.

 

Turut serta dalam program lawatan yang dianjurkan selama dua hari ini ialah dua orang pegawai daripada Australian High Commission di Kuala Lumpur yang diketuai oleh En. Sanjay Boothalingam, Kaunselor (Pertanian).

 

Rombongan ini telah dibawa melawat ke ladang hutan Sarawak Planted Forest Sdn. Bhd. (LPF/0043) di Samarakan Bintulu iaitu ladang hutan yang terbesar di Malaysia bagi melihat aktiviti-aktiviti termasuk penyelidikan dan pembangunan, pengurusan tapak semaian, penanaman dan penuaian kayu-kayu ladang hutan yang dilaksanakan.

 

Di samping itu, rombongan ini turut dibawa melawat ke kilang-kilang pemprosesan kayu ladang hutan kepada wood ships iaitu Syarikat Daiken Sarawak Sdn Bhd dan Samling Magna Formost Sdn Bhd bagi menghasilkan pelbagai produk untuk pasaran tempatan dan luar Negara.

 

Turut diselitkan dalam rangka kerja lawatan ini adalah sesi libat urus (engagement session) bersama dengan para pemain dalam industri ladang hutan di Sarawak yang bernaung dibawah Sarawak Timber Association (STA).

Sesi libat urus ini dianjurkan oleh Encik Peter Ling selaku Pengerusi Jawatankuasa Ladang Hutan STA.  Dalam sesi tersebut, STA telah memberi taklimat berkaitan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh STA bagi membantu pihak industri dalam memperkasakan lagi pengurusan ladang hutan di Sarawak.  Turut dibincangkan adalah cabaran yang dihadapi oleh pemain industri terutamanya kesan terhadap perubahan polisi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan memohon bantuan Yang Berhormat Datuk Willie Anak Mongin untuk mengangkat isu berkenaan ke Kementerian berkenaan di Putrajaya.  Penyediaan rangka kerjasama di antara Kerajaan Australia dan Malaysia (Sarawak) mengenai penyelidikan dan kemahiran teknikal dalam perlaksanaan ladang hutan secara lestari turut dibincangkan dan berharap supaya Australian High Commission dapat mempertimbangkan secara serius cadangan berkenaan.

 

Hadir sama ke program lawatan ini ialah YBhg Datu Haji Hashim Bin Haji Bojet, Pengurus Besar STIDC; Puan Habibah Binti Ahmad, Timbalan Setiausaha Bahagian KTK MPIC; Puan Annie Ting, Ketua Pegawai Eksekutif STA;  Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Abdullah, Pengurus Besar HTSB; Encik Paul Valentine, Pengurus Besar SPF serta beberapa orang pegawai kanan daripada agensi-agensi yang berkaitan.

 



Copyright © 2020 Forest Department Sarawak


Last Updated On 17 Apr 2024

Operating Hours

 

Monday Thursday

8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

 

Friday

8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

 

Saturday, Sunday & Public Holiday

Counter closed

picture Polls
picture Announcement