picture

 

Tanah Lembap Menjamin Kelestarian Sumber Air Mendapat Pengiktirafan Global


16 FEBUARI 2013 (KUCHING) : Tanggal 2 Februari setiap tahun telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ulang tahun sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia. Tarikh ini dipilih sempena penganjuran Konvensyen pertama Tanah Lembap Sedunia pada 2 Februari 1971 di Bandar Ramsar, Iran.  Objektif utama sambutan hari Tanah Lembap Sedunia ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap peranan tanah lembap serta keperluan untuk menjaga dan melestarikannya seperti yang termaktub didalam perkara-perkara Konvensyen Ramsar.
Majlis sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2013 Peringkat Negeri Sarawak di adakan pada 16 Februari 2013 di Sungai Lemidin, Taman Negara Kuching Wetland, yang merupakan satu-satunya Tapak Ramsar yang terdapat di Negeri Sarawak. Taman Negara Kuching Wetland telah diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar yang pertama di Sarawak pada 8 November 2005 dan merupakan yang ke lima di negara ini. Majlis sambutan pada kali ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji  Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak.
Sambutan tahun ini yang bertemakan Tanah Lembap Menjaga Kelestarian Air mengajak semua lapisan masyarakat untuk menilai kepentingan tanah lembap bagi menjamin bekalan air mencukupi dan sesuai digunakan oleh semua hidupan termasuk manusia. Pemilihan tema ini selaras dengan pengwujudan kerjasama air antarabangsa 2013 kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Salah satu agendanya ialah untuk mengajak masyarakat untuk melihat masaalah serta cabaran dalam pengurusan air termasuk cara-cara bagi mengatasinya.
Bagi tahun 2013, beberapa program telah dijalankan seperti pertandingan mewarna kategori sekolah rendah, pertandingan menulis esei kategori sekolah menengah, pertandingan mengarang dialog bagi kategori sekolah rendah dan menengah serta pertandingan fotografi kepada pengamal media. Pihak penganjur juga telah mengadakan program wetland tour khas untuk pengamal media di Negeri Sarawak ini pada 9 Februari 2013 bagi memberi peluang kepada mereka memahami serta menikmati keunikan Tanah Lembap yang terdapat di sekitar Taman Negara Kuching Wetland.
Simbolik kepada sokongan pengistiharan sambutan tahun ini, pada hari perasmian,  tetamu kehormat berserta 300 orang pelajar sekolah, pejawat awam, badan korporat, NGO dan warga kerja Jabatan Hutan Sarawak akan melaksanakan aktiviti penanaman pokok-pokok di sekitar tebingan Sg. Lemidin yang terletak di Taman Negara Kuching Wetland.
Bagi menjayakan sambutan Hari Tanah Lembap 2013 ini, sama-samalah kita merenung sejenak dan memahami perkaitan antara tanah lembap dengan keperluan bekalan sumber air.

TANAH LEMBAP MENJAMIN BEKALAN SUMBER YANG LESTARI.



 

Copyright © 2020 Forest Department Sarawak


Last Updated On 15 Apr 2024

Operating Hours

 

Monday Thursday

8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

 

Friday

8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

 

Saturday, Sunday & Public Holiday

Counter closed

picture Polls
picture Announcement