Program Kesedaran Dan Pendidikan Alam Sekitar

 

Program Kesedaran Dan Pendidikan Alam Sekitar


PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI SK ADIN, SARIKEI

Taman Mini Herba dan Pokok Ubat-ubatan
serta
Pusat Mini Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar.

Di bawah Program Pembangunan B.35: Pembangunan Taman Hidupan Liar Lanjak Entimau Untuk Kelestarian Kepelbagaian Biologi & Pembangunan Komuniti (ITTO / TBCA)

 

PENGENALAN

SK Adin terletak di dalam Bandar Sarikei, kira-kira 25 minit perjalanan menggunakan pengangkutan darat. Sekolah ini mempunyai 141 orang murid dan 30 guru serta kakitangan. Terdapat 6 buah sekolah lain dan 27 rumah panjang di sekitar SK Adin.

Program Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar di SK Adin, Sarikei telah bermula sekitar September 2013 dengan aktiviti lawatan ke sekolah untuk kerja-kerja tinjauan ke tapak projek projek dan mengadakan perbincangan bersama pihak sekolah untuk pelaksanaan program tersebut. Kerja-kerja pembinaan landskap taman mini dan pengubahsuaian dewan untuk Pusat Mini Pada telah bermuala pada 17 November dan siap sepenuhnya pada 21 Disember 2013. Pada Januari hingga 7 Mac 2014 kerja-kerja penananaman, pemantauan dan penjagaan tanaman herba dan pokok ubat di taman mini serta penyiapan fasa terakhir Pusat Mini yang merangkumi proses melekatkan bahan-bahan pameran serta dekorasi di Pusat Mini telah dilaksanaan. Kerja-kerja ini dilaksanakan oleh 23 pegawai dan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak dari ibu pejabat, Pejabat Hutan Wilayah Miri dan Sibu, serta Pejabat Hutan Bahagian Mukah dan Sarikei.

Ini merupakan projek perintis daripada Unit Inisiatif Khidmat Komuniti yang menempatkan Pusat Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar di sekolah ini sendiri berserta pelbagai bahan pameran dan informasi. Ia diharap dapat memudahkan murid-murid sekolah  menjalani pembelajaran secara berterusan sekaligus memupuk minat dan kesedaran mengenai cintakan alam sekitar.

Taman Mini Herba dan Pokok Ubat-ubatan yang dibina telah ditanam dengan 109 jenis herba dan pokok ubat yang mempunyai pelbagai kegunaan dan bernilai dari sudut perubatan. Antara yang ditanam seperti pokok mahkota dewa, jerangau merah, jerangau putih, hempedu bumi, tongkat ali, kacip Fatimah, halia hutan, gambir dan banyak lagi. Setiap herba dan pokok ubat ini dilabel dengan maklumat seperti nama saintifik, nama tempatan, cara penggunaan dan nilai perubatan. Terdapat juga komponen-komponen hiasan lain di taman mini seperti pondok rehat, tempat duduk dan meja, replika air terjun dan kolam ikan yang diperbuat daripada teknik simenfero, laluan pejalan kaki, laluan refleksologi dan sebagainya.

Pusat Mini dilengkapi dengan pelbagai bahan pameran dan informasi secara bergambar bersama penerangan ringkas. Terdapat dua buah lukisan di dinding untuk yang memaparkan jenis-jenis hutan di Sarawak dan spesis flora dan fauna yang terlindung /terlindung sepenuhnya yang dilukis sendiri oleh kaitangan jabatan. Pameran hasil-hasil kraftangan juga turut disertakan sebagai bahan pameran disamping specimen biologi dan 6 replika berasaskan perhutanan sumbangan daripada Kolej Global Masterskill, Kampus Kuching.

Majlis perasmian program ini telah diadakan pada 8 Mac 2014 oleh YB Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Alam Sekitar dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan dan Teknikal).

Aktiviti meletakkan label pada herba dan pokok ubat di taman ini telah diadakan secara gotong-royong antara kakitangan jabatan dan guru sekolah pada April 2014.


OBJEKTIF:

i.)   Untuk meningkatkan tahap kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah, ibu bapa serta komuniti disekitarnya tentang pemeliharaan alam sekitar;
ii.)  Untuk memupuk semangat kepada pelajar-pelajar sekolah, ibu bapa serta komuniti disekitarnya  dalam usaha mengurus dan memelihara alam sekitar;
iii.) Mewujudkan satu proses pembelajaran secara beterusan kepada pelajar-pelajar sekolah, ibu bapa serta komuniti rumah panjang.

 

PEMANTAUAN DAN PENYELENGGRAAN

Kerja-kerja pemantauan SK Adin telah dilaksanakan pada bulan Jun, September dan Oktober 2014. Kerja-kerja penyelenggaraan taman dan pusat mini dilakukan secara bergotong-royong oleh kakitangan jabatan dan pekerja-pekerja am sekolah.

(Klick untuk gambar Program Kesedaran Dan Pendidikan Alam Sekitar_Kerja Pembinaan01)
(Klick untuk gambar Program Kesedaran Dan Pendidikan Alam Sekitar_Kerja Pembinaan02)

(Klick untuk gambar Program Kesedaran Dan Pendidikan Alam Sekitar_Perasmian01)
(Klick untuk gambar Program Kesedaran Dan Pendidikan Alam Sekitar_Perasmian02)

 

ANUGERAH HIGH PERFORMANCE TEAM (AHPT) 2014

Projek di SK Adin telah terpilih mewakili jabatan untuk menyertai pertandingan Anugerah High Performance Team (AHPT) 2014. Pada peringkat permulaan, satu sesi pembentangan telah diadakan di Wisma Bapa Malaysia pada 13 Oktober 2014 di hadapan panel-panel penilai AHPT. Sesi pembentangan ini diketuai oleh YBhg. Timbalan Pengarah Hutan I, Haji Said bin Gapar. Hasil dari pembentangan, projek di SK Adin ini telah terpilih untuk ke peringkat akhir pertandingan dan lawatan tapak oleh panel penilai AHPT telah diadakan pada 6 November 2014. Seramai 6 orang panel dan 2 pegawai pengiring hadir semasa sesi lawatan tapak. Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei dan Pemelihara Hutan DFO Sarikei juga turut diundang semasa lawatan.
(Klick untuk gambar Anugerah High Performance Team (AHPT)

 

 

Copyright © 2020 Forest Department Sarawak


Last Updated On 27 May 2025

Operating Hours

 

Monday Thursday

8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

 

Friday

8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

 

Saturday, Sunday & Public Holiday

Counter closed

image Polls
image Announcement