picture

Announcement

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Perkhidmatan Awam Sarawak 2022

Posted on 21 Oct 2022

WhatsApp Image 2022-10-21 at 4.35.19 PM.jpeg

20 Oktober 2022 (Khamis) : Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Perkhidmatan Awam Sarawak 2022 

Tema Bulan Kaunseling Kebangsaan Perkhidmatan Awam Sarawak 2022 ialah ‘Kaunseling Ke Arah Kesejahteraan’ ianya selari dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kesedaran penjawat awam Sarawak terhadap kepentingan kesejahteraan pekerja di tempat kerja. 

Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki,  telah hadir bagi melancarkan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Perkhidmatan Awam Sarawak 2022 pada 20 Oktober 2022 (Khamis). 

Di dalam ucapan perasmian beliau, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar telah memberi penekanan kepada kepentingan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam melestarikan kesejahteraan individu di tempat kerja bagi membantu pegawai menjalankan tanggungjawab dengan baik dan berkualiti. 

Beliau  juga menambah, persepsi tentang perkhidmatan kaunseling hanya ditawarkan kepada individu yang bermasalah perlu diubah, sebaliknya perkhidmatan profesional ini sepatutnya dilihat sebagai satu platform untuk menambah baik seseorang individu daripada aspek pembangunan kendiri dan bakat pegawai.

Turut hadir ke Majlis Pelancaran tersebut ialah Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Datu Haji Ismail bin Haji Mohamad Hanis, Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA),  Dato Dr. Abdul Halim Bin Mohd Hussein, Ketua-Ketua Jabatan, Human Resource Champions dan Pegawai-Pegawai Tadbir (Psikologi) di Perkhidmatan Awam Sarawak.

Copyright © 2020 Forest Department Sarawak

Last Updated On 17 Apr 2024

Operating Hours

Monday Thursday

8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday

8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday

Counter closed

picture Polls
picture Announcement