PENGENALAN KEPADA ABMS
APAKAH ABMS?
Komitmen Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dalam menjayakan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) adalah untuk mencegah segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta memastikan semua kakitangan mematuhi Polisi Antirasuah yang ditetapkan oleh JHS.
Di samping itu, penglibatan pihak berkepentingan seperti pelesen, pembekal atau orang awam secara tidak langsung akan terlibat di dalam pematuhan polisi antirasuah melalui pematuhan kepada semua peraturan dan dasar yang ditetapkan oleh jabatan.
Pihak pengurusan JHS komited untuk mempraktikkan tadbir urus terbaik melalui pengurusan risiko rasuah yang terancang serta kawalan dan penambahbaikan dijalankan secara strategik dan berterusan agar penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
OBJEKTIF ABMS?
Objektif ABMS adalah untuk :