Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan Majlis Aspirasi Bersama Pengarah Hutan Sarawak bagi Zon Tengah yang merangkumi semua Pejabat Hutan Wilayah (PHW) di wilayah tengah iaitu PHW Sarikei, PHW Kapit dan PHW Sibu.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datu Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Hutan Sarawak di zon tengah telah dijemput hadir ke majlis tersebut.
Majlis ini diadakan bagi memudahkan Pihak Pengurusan menyampaikan aspirasi dan hala tuju jabatan serta mendapatkan maklumbalas daripada kakitangan sokongan mengenai pelbagai program yang akan dan telah dilaksanakan.
Turut hadir ke Majlis Aspirasi Bersama Pengarah Hutan Sarawak Zon Tengah 2022 ini ialah Dr. Affendi Suhaili, Ketua Bahagian Geospatial dan Teknologi Hutan, Pegawai Hutan Wilayah Sarikei, Pegawai Hutan Wilayah Kapit dan Pegawai Hutan Wilayah Sibu.