SESI AMANAT PENGARAH HUTAN SARAWAK KEPADA SEKSYEN PENCEGAHAN DAN PENGUATKUASAAN WILAYAH TENGAH
Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan Sesi Amanat Pengarah Hutan Sarawak Kepada Seksyen Pencegahan Dan Penguatkuasaan Bagi Wilayah Tengah bertempat disalah sebuah hotel yang terkemuka di Sibu. Sesi amanat ini telah melibatkan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak yang dilantik sebagai pegawai penguatkuasa daripada Pejabat Hutan Wilayah (PHW) PHW Sibu, PHW Kapit dan PHW Sarikei.
Sesi amanat ini diadakan bagi memudahkan pihak pengurusan Jabatan Hutan Sarawak untuk menyampaikan halatuju penguatkuasaan dan pencegahan serta mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi di lapangan.
Sebaik selesai menyampaikan amanatnya dalam majlis ini, YBhg Datu Hamden Bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak turut diberi penghormatan untuk melancarkan pakaian seragam khas yang akan digunakan oleh semua pegawai penguatkuasaan Jabatan Hutan Sarawak.
Turut hadir ke majlis amanat tersebut ialah Penolong Pengarah Hutan, Bahagian Pencegahan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat, Pegawai- Pegawai Hutan Wilayah daripada PHW Sibu, PHW Kapit dan PHW Sarikei.
Sarawak Delta Geopark (SDGp) telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan ke-enam oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan pada 20 Jun 2022. SDGp mempunyai keluasan 311,246 hektar meliputi kawasan daratan dan air mewakili kesatuan warisan geologi, biologi dan budaya istimewa yang terdapat di Daerah Kuching, Daerah Bau, Daerah Kecil Padawan, dan juga Daerah Kecil Siburan. EKSPEDISI SARAWAK DELTA GEOPARK