PERSIDANGAN PERHUTANAN MALAYSIA KE-19 (19TH MFC) 2022
Seramai 40 orang pegawai Jabatan Hutan Sarawak yang diketuai oleh
YBhg Datu Hamden Bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak dan
Encik Jack Liam, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak telah menghadiri
Persidangan Perhutanan Malaysia (MFC) Ke-19 di Kuantan Pahang DM
pada 12 hingga 16 Jun 2022. Semasa Persidangan ini, Jabatan Hutan
Sarawak telah membentangkan 1 Kertas Kerja Utama, Pembentangan 1
Video Resolusi berkaitan pencapaian terhadap resolusi semasa
persidangan MFC Ke-18 lepas, 6 Kertas kerja Utama, 10 Poster dan 5
Kertas Informasi.
Sebagai pengisian persidangan ini juga, delegasi Jabatan Hutan Sarawak
turut menyertai pertandingan sukan iaitu golf, futsal dan bowling,
persembahan suku kaum di Sarawak semasa majlis penutupan dan
menyertai aktiviti pameran.
Majlis perasmian MFC Ke-19 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Wan
Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang DM pada 13 Jun 2022
manakala Majlis Penutupan pula oleh Yang Berbahagia Dato’ Indera
Mohd Ridza Bin Awang Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia selaku tuan rumah persidangan MFC Ke-19 pada
15 Jun 2022.