News

 

JABATAN HUTAN SARAWAK MENDAPAT PERAK BAGI ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTI RASUAH (AIGA) 2022

Posted on 30 Jan 2023
Source of News: JABATAN HUTAN SARAWAK

19.1.2023 : KUALA LUMPUR : JABATAN HUTAN SARAWAK MENDAPAT PERAK BAGI ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTI RASUAH (AIGA) 2022

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dianugerahkan Perak bagi Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) bagi Tahun 2022 yang turut disertai oleh sebanyak 115 buah agensi awam dan swasta di seluruh Negara malam tadi oleh Institut Integriti Malaysia. 

Bertambah manis, anugerah ini telah disampaikan sendiri oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kebetulan berasal daripada Sarawak kepada YBhg. Datu Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak.

Mengulas lanjut mengenai kejayaan JHS mendapat pengiktirafan yang tinggi dalam AIGA ini, Datu Hamden memaklumkan, “anugerah ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta di Malaysia yang mezahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti dan tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi mereka. Oleh itu, kami di JHS amat berbangga kerana telah mencapai pengiktirafan yang tinggi ini atas komitmen dan pembudayaan amalan integriti berterusan yang kami laksanakan selama ini”.

Datu Hamden turut menambah, bagi pihak JHS pula, kejayaan ini merupakan titik permulaan bagi memastikan semua fungsi pengurusan dan penjagaan hutan yang diamanahkan dilaksanakan dengan lebih baik lagi bagi mencapai komitmen keseimbangan kepesatan pembangunan dan kelestarian alam sekitar dalam PCDS 2030.

Turut hadir ke majlis yang berprestej ini ialah Encik Abdul Wahab bin Ahmad, Penyelaras Unit Integriti dan Unit Audit Dalam JHS.



Copyright © 2020 Forest Department Sarawak


Last Updated On 15 Jul 2024

Operating Hours

 

Monday Thursday

8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

 

Friday

8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

 

Saturday, Sunday & Public Holiday

Counter closed

image Polls
image Announcement