News

 

Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA)

Posted on 06 Jun 2023
Source of News: Jabatan Hutan Sarawak
BELAGA 11 - 17 MEI 2023: Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) di perkampungan dan sekolah sekitar Hutan Simpan Kekal Murum (Proposed) di kawasan HoB.
 
Jabatan Hutan Sarawak melalui Bahagian Perhutanan Sosial telah mengadakan Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) di perkampungan dan sekolah sekitar Hutan Simpan Kekal Murum (Proposed) di kawasan HoB. Dua (2) buah perkampungan yang terlibat adalah Long Wat dan Long Luar serta dua (2) buah sekolah iaitu SK Tegulang dan SK Metalun. 
 
Seramai 277 orang komuniti dari Long Wat, 280 orang komuniti dari Long Luar, 58 orang murid dari SK Tegulang dan 80 orang murid dari SK Metalun telah turut serta dalam program tersebut. Program yang telah diadakan mendapat sambutan yang baik oleh para murid dan komuniti yang terlibat. 
 
Taklimat telah dijalankan di perkampungan manakala di sekolah, selain daripada taklimat, aktiviti CEPA seperti kuiz juga turut dijalankan. Program telah diketuai oleh FO Tingsan anak Kudang serta kerjasama dari kakitangan Pejabat Hutan Wilayah Bintulu dan turut dihadiri juga oleh wakil dari Pejabat Daerah Belaga. 


#CEPA
#PermanentForestEstate


 

  

  

 

 


Copyright © 2020 Forest Department Sarawak


Last Updated On 20 Dec 2024

Operating Hours

 

Monday Thursday

8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

 

Friday

8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

 

Saturday, Sunday & Public Holiday

Counter closed

image Polls
image Announcement