MAJLIS SAMBUTAN GAWAI DAYAK DAN NGILING BIDAI JABATAN HUTAN SARAWAK 2026

Posted on 30 Jun 2026
Source of News: Jabatan Hutan Sarawak
BINTULU, 30 Jun 2026 – Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan Majlis Sambutan Gawai Dayak dan Ngiling Bidai 2026 di Hotel ParkCity Everly, Bintulu sebagai simbolik penutupan sambutan Hari Gawai Dayak dalam kalangan warga jabatan.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datu Haji Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak. Turut hadir ialah Tuan Semilan Anak Ripot, Timbalan Pengarah Hutan (Pengurusan Hutan) selaku Ketua Gawai, dan Encik Hwang Chiong Hee, Pegawai Hutan Wilayah Bintulu selaku tuan rumah.
Seramai 190 orang warga Jabatan Hutan Sarawak dari Ibu Pejabat dan Pejabat Hutan Wilayah Bintulu, termasuk 20 orang pesara, hadir memeriahkan majlis. Turut hadir ialah ketua-ketua bahagian, ketua-ketua unit serta Pegawai-Pegawai Hutan Wilayah yang bersama-sama meraikan sambutan dalam suasana penuh muhibah dan semangat kekeluargaan.
Majlis turut diserikan dengan pelbagai pengisian kebudayaan dan adat tradisi masyarakat Dayak, termasuk persembahan tarian, nyanyian, acara Ngajat Ngeliling Ranyai, Ngerebahka Ranyai serta upacara simbolik Ngiling Tikai yang melambangkan penutupan rasmi sambutan Hari Gawai Dayak.
Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen Jabatan Hutan Sarawak dalam menghargai warisan budaya, mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warganya.


Copyright © 2020 Forest Department Sarawak


Last Updated On 30 Jul 2026

Operating Hours
Monday-Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

 

image Polls
image Announcement