Jabatan Hutan Sarawak telah menganjurkan Kursus Induksi Khusus Siri 1/2026 pada 26 hingga 30 Julai 2026 bertempat di 56 Hotel, Kuching
Posted on 31 Jul 2026
Source of News: Jabatan Hutan Sarawak
KUCHING, 30 JULAI 2026 – Jabatan Hutan Sarawak telah menganjurkan Kursus Induksi Khusus Siri 1/2026 pada 26 hingga 30 Julai 2026 bertempat di 56 Hotel, Kuching.
Kursus wajib Jabatan ini melibatkan seramai 50 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan lantikan baharu Gred 5 dan Gred 9. Penganjuran kursus ini bertujuan memberikan pendedahan serta kefahaman mendalam mengenai peraturan, bidang tugas, dan sistem kerja rasmi Jabatan Hutan Sarawak.
Bagi memantapkan kefahaman peserta, sesi ceramah dan taklimat disampaikan secara khusus oleh Ketua-Ketua Bahagian serta wakil bahagian masing-masing. Program dimulakan dengan sesi Ice-Breaking yang dikendalikan oleh Encik Raymond anak Menggat bagi memupuk semangat berpasukan di kalangan peserta baharu.
Menyusul selepas itu, pembentangan hari pertama dimulakan oleh Bahagian Perancangan dan Pengurusan Hutan yang disampaikan oleh Puan Santey anak Berikom, diikuti Bahagian Teknologi Hutan dan Geospatial oleh Puan Jayneeca Anak Lawen. Sesi hari pertama diakhiri dengan taklimat daripada Bahagian Pencegahan dan Penguatkuasaan yang disampaikan oleh Encik Adrian Markus bin Terang.
Pada hari kedua, sesi pembentangan diteruskan oleh Ts. Ir. Abang Nuradzizi bin Abang Bolhi mewakili Bahagian Perhutanan Sosial, Tuan Haji Shamsul bin Bojeng (Ketua Bahagian Hasil dan Pengurusan Data), serta Tuan Haji Baher@Biha bin Razali (Bahagian Restorasi dan Hutan Industri). Para peserta turut menerima penerangan daripada Puan Rowina Ruth anak Cedric Jess (Bahagian Pewartaan dan Konservasi), Dr. Stephen Teo Ping (Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa), dan diakhiri dengan taklimat Bahagian Pelesenan oleh Puan Nurul Aishyah binti Mohamad.
Pada hari terakhir kursus, para peserta berpeluang mengadakan lawatan ke Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (RDD) di Jalan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan. Sesi taklimat khas bagi bahagian berkenaan telah disampaikan oleh Tuan Paulus anak Meleng, selaku Ketua Bahagian RDD. Sesi diteruskan semula di hotel dengan taklimat daripada Unit Integriti dan Unit Audit Dalam yang disampaikan oleh Tuan Haji Zulkarnain bin Rosli, serta taklimat Bahagian Khidmat Pengurusan oleh Encik Ismail bin Bujang.
Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan pada sebelah petang oleh YBrs. Tuan Semilan anak Ripot, Timbalan Pengarah (Pengurusan Hutan). Menerusi penganjuran kursus induksi ini, pihak Jabatan berharap para pegawai dan kakitangan baharu dapat memperoleh pengetahuan komprehensif mengenai fungsi Jabatan Hutan Sarawak, sekali gus mampu memberikan perkhidmatan cemerlang serta sumbangan bermakna kepada organisasi.