Sesi Perjumpaan Bersama Pelatih Kursus Sijil Institut Perhutanan Pengawas Hutan Sarawak Sesi 2025 / 2026
KUCHING, 2 Oktober 2025 – Seramai 40 orang pelatih Pengawas Hutan Sarawak telah menghadiri sesi perjumpaan khas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Belian, Tingkat 15, Jabatan Hutan Sarawak.
Sesi ini dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Hutan Sarawak, Tuan Haji Happysupina Bin Sait, turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Tuan Semilan Anak Ripot, bersama beberapa Ketua Bahagian dan Ketua Unit.
Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menyampaikan kata-kata semangat, motivasi, serta pesanan penting kepada para pelatih sebelum mereka berangkat ke Institut Latihan Perhutanan (Fortrain), Kepong pada 3 Oktober 2025.
Jabatan Hutan Sarawak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelatih dalam menimba ilmu dan pengalaman baharu, demi kelestarian hutan Sarawak.