Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

News

Perasmian Program ‘Building Resilient Team Course’ Jabatan Hutan Sarawak Siri 1/2021
Posted on : 31 Mar 2021  Source of News: JABATAN HUTAN SARAWAK
 

29.3.2021 – Kuching, Unit latihan & Peperiksaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan satu Program yang dinamakan “Building Resilient Team Course”

Kursus tersebut diadakan adalah bertujuan untuk memupuk keserasian bersama antara kakitangan serta mewujudkan semangat kerja berpasukan bagi mencapai kesepakatan dalam memajukan organisasi.

Kursus selama 3 hari 2 malam tersebut telah diadakan di Hotel Damai Beach dengan penyertaan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai dan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak termasuklah beberapa pegawai-pegawai baharu (SFC sdn.Bhd) yang telah ditempatkan di Jabatan Hutan Sarawak manakala penceramah jemputan untuk program ialah en. Mohamad Ariff Azahari

Dalam ucapan perasmiannya, Datu Hamden Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak menyatakan bahawa program ini turut dirancangkan untuk dilaksanakan di Pejabat-Pejabat Hutan Wilayah di Sarawak bagi meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan dan beliau juga berharap penganjuran kursus-kursus sebegini dapat meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak.

Useful Links