Sambutan Hari Hutan Antarabangsa
Posted on 24 May 2026
Source of News: Jabatan Hutan Sarawak
MIRI, 24 Mei 2026 — Jabatan Hutan Sarawak hari ini telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (International Day of Forests, IDF) 2026 di Meritz Hotel, Miri serta Perasmian Ekspo Non-Timber Forest Product (NTFP) di Bintang Megamall, Miri.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan. Turut hadir ialah YB Datuk Seri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, YBhg. Datu Haji Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak bersama dif-dif kehormat yang lain.
Bertemakan “Forests and Economies”, sambutan ini mengetengahkan peranan penting hutan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi, kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan komuniti melalui pengurusan hutan secara mampan dan pembangunan produk berasaskan hutan.
Ekspo NTFP turut menampilkan pelbagai produk hasil hutan bukan kayu, penyertaan komuniti tempatan serta agensi berkaitan dalam mempromosikan potensi sumber hutan sebagai pemangkin ekonomi dan sumber pendapatan mampan.
Program ini juga menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran dan penghargaan masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan khazanah hutan Sarawak demi manfaat generasi akan datang.