PROGRAM KESEDARAN AWAM (CEPA) BERSAMA PELAJAR DAN IBU BAPA DI SEKOLAH KEBANGSAAN MANDOR ARIS, SELALANG BAGI TAHUN 2026

Posted on 25 Jun 2026
Source of News: Jabatan Hutan Sarawak
SELALANG, 25 Jun 2026 - Sebuah Program Kesedaran Awam (CEPA) Bersama Pelajar dan Ibu Bapa di Sekolah Kebangsaan Mandor Aris, Selalang telah diadakan pada 25 Jun 2026 bertempat di Dewan Kampung Selalang.
Program ini merupakan kerjasama antara Jabatan Hutan Sarawak dan pihak Sekolah Kebangsaan Mandor Aris, Selalang.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 144 orang terdiri daripada pelajar dan ibu bapa daripada sekolah tersebut.
Penganjuran program CEPA ini dilaksanakan untuk merapatkan jurang antara Jabatan Hutan Sarawak dengan masyarakat setempat dan kementerian kerajaan dalam menjaga kelestarian alam sekitar khususnya kawasan tanah lembap.
Melalui program ini, ibu bapa iaitu masyarakat setempat berpeluang untuk mengenali kawasan tanah lembap yang mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai kawasan tanah lembap berkepentingan antarabangsa di Selalang.
Taklimat berkenaan Kepentingan dan Cadangan Tapak Ramsar, Program CEPA, Kepentingan Hutan dan Restorasi diberikan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan memelihara alam sekitar di kawasan tanah lembap.
Antara aktiviti lain dilaksanakan ialah aktiviti CEPA dan Pengenalan Kepada Junior Forest Ranger yang di samping simbolik penyerahan anak pokok bagi menyokong Kempen Penghijauan Sarawak.
Program ini telah dirasmikan oleh En. Lau Ngie Tung, Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei. Turut hadir bersama ialah Pn. Hjh Mohizah binti Hj Mohamad, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Hutan Sarawak, En. Hasni bin Salleh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mandor Aris Selalang, En. Gerald Grino anak Apil, Pegawai Daerah Sarikei, Penghulu Mohamad Affandi bin Dollah, Penghulu Kampung Selalang, pegawai-pegawai Jabatan Hutan Sarawak, Ketua-Ketua Kampung serta guru-guru dan staff Sekolah Kebangsaan Mandor Aris, Selalang.


Copyright © 2020 Forest Department Sarawak


Last Updated On 30 Jul 2026

Operating Hours
Monday-Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

 

image Polls
image Announcement