Ujian Kecergasan Fizikal bagi pengambilan pelatih Pengawas Hutan Sarawak Sesi 2026/2027

Posted on 20 Aug 2026
Source of News: Jabatan Hutan Sarawak
KUCHING, 20 Ogos 2026 – Jabatan Hutan Sarawak telah melaksanakan Ujian Kecergasan Fizikal bagi pengambilan pelatih Pengawas Hutan Sarawak Sesi 2026/2027 dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) serta turut dibantu oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Ujian tersebut telah dijalankan secara serentak di tiga zon utama:
1. Zon Selatan (Kuching): Bertempat di Balapan TM Sarawak Hub;
2. Zon Tengah (Sibu): Bertempat di Stadium Tun Zaidi; dan
3. Zon Utara (Miri): Bertempat di Sekolah Menengah Sains Miri.
Calon yang berjaya melepasi tahap kecergasan fizikal ini akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga dalam masa terdekat. Calon yang berjaya dalam sesi temu duga seterusnya akan dijadualkan mengikuti Kursus Sijil Perhutanan di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Bukit Kepong, Kuala Lumpur.
Semoga berjaya kepada semua calon yang terpilih.


Copyright © 2020 Forest Department Sarawak


Last Updated On 21 Aug 2026

Operating Hours
Monday-Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

 

image Polls
image Announcement