Kursus Pengurusan Tapak Semaian Pokok Hutan dan Pengeluaran Bahan Tanaman

Posted on 24 Aug 2026
Source of News: Jabatan Hutan Sarawak
KUCHING, 24 Ogos 2026 - Kursus Pengurusan Tapak Semaian Pokok Hutan & Pengeluaran Bahan Tanaman bagi Program Penanaman Semula, Restorasi dan Pembangunan Ladang Hutan telah dilaksanakan selama tiga (3) hari, 18 hingga 20 Ogos 2026 di Industrial Forest Research Centre, Semenggok. Kursus melibatkan penyertaan seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Hutan Sarawak yang terlibat secara langsung dalam aktiviti di tapak semaian.
Kursus dikendalikan oleh penyedia latihan yang dilantik melalui sesi kuliah, aktiviti berkumpulan dan aktiviti lapangan merangkumi pengutipan anak benih serta pengendalian dan pemprosesan anak benih di tapak semaian. Secara keseluruhannya, kursus ini memberi pendedahan teori dan praktikal berkaitan pengurusan tapak semaian dan pengeluaran bahan tanaman hutan.


Copyright © 2020 Forest Department Sarawak


Last Updated On 07 Sep 2026

Operating Hours
Monday-Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

 

image Polls
image Announcement